nuffnang ads

Sunday, January 9, 2011

MADONNA JUMPA DATUK SERI TONY FERNANDEZ BINCANG LEBARKAN PERNIAGAAN

SUPERSTAR pop antarabangsa, Madonna, dilaporkan telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif AIRASIA Group, Datuk Seri Tony Fernandez Khamis lalu di London dipercayai membincangkan soal pembelian saham dalam sebuah syarikat dimiliki Tony, The Aura Group.

Penyedia berita hiburan antarabangsa Bang! Extranet, melaporkan Madonna berhasrat melakukan pelaburan dalam syarikat yang mempunyai beberapa kelab malam terkenal itu, termasuk Aura Mayfair yang terletak di London.

The Aura Group adalah milik Tony, ahli perniagaan motorsport, Jonny Dodge dan pemilik Supper Club, Alberto Barbieri. Madonna pula merupakan pengunjung tetap kelab berkenaan.

Madonna, 52, dikatakan kini sedang giat berusaha untuk memperkembangkan perniagaanya. Setakat ini dia telah membuka sebuah pusat kecergasan, Hard Candy Fitness di Mexico dan dijangka akan melancarkan 10 lagi gimnasium serupa di Argentina, Rusia dan beberapa negara di Eropah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10