CORAT-CORET DI TENANG, LABIS.
Kawasan Tenang dilaporkan tidak tenang dengan kehadiran lori membeli paper lama. Peniaga dikatakan sibuk memunggah paper lama dari risalah hinggalah ke kad ucapan yang dihantar calon bertanding yang dibuang pengundi di luar rumah.
Peniaga kedai ubat Cina atau Sinseh pula dilaporkan asyik memesan pil Chi Kit Teck Aun kerana semakin ramai pengundi sakit perut, dipercayai cirit-birit kerana asyik melantak limau mandarin yang diberi percuma secara leluasa.