nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

LIN DAN MAHU SEMBELIH CHONG WEI DI KOREA SELATAN


LIN DAN mengesahkan penyertaannya di Badminton Super Series Korea Selatan, minggu ini. Pasti terbuku di hati pemain utama China itu, ekoran kekalahan Cheng Long dan strateginya yang tidak menjadi pada Terbuka Malaysia yang menyaksikan Chong Wei membungkus Cheng Long pulang menaiki pesawat.

Dendam Lin Dan dikatakan amat membara, apatah lagi Chong Wei disokong dan dibantu oleh Taufik dalam kontroversi penarikan dirinya. Taufik menyifatkan Lin Dan auta dan berbohong kononnya cedera apabila menjadikan itu alasan untuk dia menarik diri. Sebaliknya dakwa Taufik, Lin Dan sebenarnya berhati kecil dan kecut untuk berdepan Chong Wei yang kini berada di kemuncak prestasinya.

Maka dendam itu pasti akan bertukar menjadi geram teramat-amat bagi Lin Dan. Di gelanggang Super Series Korea, dia pasti berazam untuk menyembelih Chong Wei.

Laluan Chong Wei di terbuka Korea pula ternyata amat berliku. Sebelum dia sempat bertemu Lin Dan, dia mesti bertarung membenam beberapa musuh utama lain seperti Jan O Jorgensen, Park Sung Hwan, Chen Jin, Cheng Long dan Bao Chun Lai.

Ayuh Lin Dan. Sembelihlah Chong Wei di Terbuka Korea. Tapi ingat laluan anda berliku. Anda akan bertemu sahabat baik Chong Wei, iaitu jaguh Indonesia Taufik Hidayat pada peringkat awal lagi sebelum anda boleh merealisasikan dendam membara itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10