nuffnang ads

Sunday, January 23, 2011

LANUN SOMALIA UGUT BUNUH TEBUSAN KOREA: BALAS DENDAM RAKAN DIBUNUH KOMANDO KOREA SELATAN


DUA kumpulan mewakili lanun Somalia memberi amaran kepada Korea Selatan, bahawa semua tebusan negara itu yang ditawan akan dibunuh sebagai balas dendam di atas kematian lapan sahabat mereka dalam pertempuran dengan komando Korea Selatan, Jumaat lalu.

Kumpulan lanun terbabit yang dipercayai mengganas di Laut Arab dan Teluk Eden kini dikatakan berang kerana sejak kebelakangan ini pihak berkuasa antarabangsa semakin meningkatkan kawalan bagi membanteras kegiatan jenayah itu.

Jumaat lalu, lapan anggota kumpulan lanun itu terbunuh, selepas bertempur komando Korea Selatan, manakala kelmarin tujuh lagi penyangak laut itu diberkas oleh pasukan komando Paskal negara kita apabila mereka menawan dan merampas kapal dagang yang membawa bahan kimia bernilai jutaan ringgit.

Reuters pula melaporkan, sebagai langkah berjaga-jaga, kumpulan lanun yang masih menawan tebusan di beberapa kapal dagang yang ditawan, kini mengarahkan tebusan terbabit dibawa ke daratan bagi mengelak dibebaskan oleh pihak berkuasa antarabangsa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10