nuffnang ads

Sunday, January 16, 2011

KISAH PEREMPUAN GILA MAKAN TAHAP GABAN

KITA panggil seorang daripadanya Cik Long. Seorang lagi Cik Kang. Sumpah, tak pernah saya jumpa manusia perempuan macam ini. Gila makan! Gila makannya tahap gaban!

Kalau ada sahaja kenduri, merekalah tetamu paling awal, merekalah tetamu paling akhir pulang. Pernah saya tanyakan, apa kelebihan kenduri sebenarnya? Dua-dua jawab: Seronok. Bila lagi nak rasa makan-makan, kata kedua-duanya.

Di antara dua orang ini, Cik Long yang paling gaban. Kalau ada kenduri, tak kiralah kenduri kahwin atau kenduri arwah, sekali pun. Perkara paling wajib dia mesti buat ialah pastikan mesti ada bungkusan makanan yang dibawa pulang!

Perkara ini juga pernah saya tanyakan. Kata Cik Long, dia paling pantang kalau telah penat-penat berada di rumah kenduri, tuan rumah sampai terlupa kirimkan makanan untuk dibawa balik!

Bagaimanapun, perangai paling buruk Cik Long ini ialah tak pernahnya menutup mulut bila selesai pulang kenduri. Maksud saya dia akan buat komen macam komen dalam entry orang. Tapi komennya busuk sangat, sebab setiap kali komen dia mesti kutuk masakan orang tidak sedap, tidak berapa nak cukup dan macam-macam lagilah. Janji dengan komennya itu akan nampak buruk sikit tuan rumah kenduri itu. Tidak kiralah kenduri kahwin hatta kenduri arwah pun!

Pernah sekali tuan rumah majlis kenduri oleh kerana tidak cukup  makanan untuk dibekalkan pulang, habis satu kampung dia merayau bercerita keburukan tuan rumah majlis kenduri itu. Tak cukup sehari, berminggu-minggu dengar dia menceritakan keburukan majlis kenduri itu. Katanya, tuan rumah kedekutlah, tuan rumah tak suka dialah dan macam-macam lagilah.

Tentang Cik Kang pula, orangnya pun lebih kurang sama. Cuma eloknya dia, kurang pula mengumpat makanan tak sedap. Cik Kang ini kita panggil macam ikan bandaraya! Apa sahaja benda kalau dinamakan makanan, sapu balun dengan lahapnya.

Dia pun pernah saya tanyakan soal makan ini. Terbeliak biji matanya kalau ditegur. Kata Cik Kang, selera dia memang nak makan, nak buat macam mana. Pada mana-mana kenduri, dia akan sukarela buat kerja yang ada kaitan dengan memasak. Dia akan tolak kerja macam potong bawang atau potong cili. Cik Kang akan ambil kerja goreng ayam atau goreng kuih!

Punyalah Cik Kang ini kuat makan boleh dilihat daripada pergerakan tangannya. Kalau satu jam buat kerja, setiap minit kita akan lihat tangannya menyuap apa bagai jenis makanan yang sempat disambarnya. Tak pernah mulutnya berhenti mengunyah. Sampai sahaja majlis kenduri, dia akan pastikan mulutnya terus buat kerja mengunyah. Sehinggalah sampai habis kenduri. Kadang-kadang lucu juga, sebab makanan yang dibekalkan tuan rumah tak pernah sampai ke rumah. Habis cik Kang lantak semasa dalam perjalanan. Itu pasal ada tuan rumah yang tahu perangai Ci Kang tidak akan kirim bekal makanan melalui Cik Kang ini. Mereka bimbang makanan itu tidak sampai kepada orang yang ingin dikirimkan.

Inilah kisah dua perempuan yang gila makan tahap gaban. Kalau saya kata, kita hidup ini makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan, Cik Kang dan Cik Long akan buat-buat tidak dengar.

Kasihan mereka. Mereka ini kaum ibu, mereka ini isteri orang. Perangai buruk itu di manalah hendak disembunyikan?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10