nuffnang ads

Wednesday, January 12, 2011

KHIR TOYO PULANGKAN PINGAT DATUK SERI: MULAI HARI INI GUNA NAMA DR MOHD KHIR TOYO SAHAJA

BERKUATKUASA hari ini, bekas menteri besar dan bekas ketua pembangkang Barisan Nasional (BN) Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, meminta semua pihak tidak lagi menggunakan gelaran Datuk Seri di pangkal namanya di dalam semua urusan atau bersurat.

Ini berikutan gelaran itu telah dipulangkan semula kepada Sultan Selangor dan Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat membawa gelaran Datuk Seri itu mulai hari ini.

Dr Khir memberitahu perkara ini dalam catatan di laman blognya. Menurutnya, beliau telah menulis surat kepada istana mengenai pemulangan pingat itu pada bulan lalu, sebaik sahaja dia didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

"Dewan DiRaja telah memperkenakan pemulangan pingat itu hari ini," catat Khir di dalam blognya.

Mulai hari ini semua pihak termasuk media diminta tidak menggunakan gelaran Datuk Seri kecuali menggunakan nama penuhnya iaitu Dr Mohd Khir Toyo.

Khir Toyo didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam 6 Disember lalu atas dakwaan menerima dua lot tanah di Seksyen 7 bernilai RM3.5 juta, sedangkan kedua-dua lot tanah berkenaan dibeli sebelum itu oleh Pengarah Urusan Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsudin Haryoni pada nilai RM6.5 juta.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10