nuffnang ads

Sunday, January 2, 2011

KES KARAM SINGH DIMINTA BUAT PENGAKUAN BERSALAH DAN MOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU

PERTAMA sekali, memang ada blog menulis tentang kejadian Karam Singh Walia diminta oleh anak-anak Melayu memohon maaf kerana telah mengeluarkan kata-kata antaranya bermaksud orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia.

Ya, kita juga faham ada banyak video mengenai insiden itu dipaparkan menerusi YouTube dan ada blog memberi ulasan mengenai kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Andalas, Klang itu. Kita menghormati pandangan pemilik blog kerana masing-masing mempunyai rasional di sebalik insiden yang berlaku.

Namun saya tidak mahu mengulas atau menambah apa yang diulas oleh sesetengah blog, sebaliknya saya ingin mencatat bahawa arak itu memang memabukkan dan boleh mencetuskan pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini.

Perkara kedua, soal di dalam hati atau fikiran yang disimpan, satu hari atau lambat laun akan terkeluar juga jika kita mengucapkannya ketika di dalam keadaan luar sedar.

Insiden yang menimpa Karam Singh Walia itu memberi banyak pengajaran sebenarnya kepada kita. Terutama membabitkan perkara sensitif yang boleh melukai perasaan kaum tertentu.

Kita berharap, biarlah ia kali terakhir berlaku dan semua pihak wajar menjadikan insiden ini sebagai satu teladan dan pengajaran amat berguna. Berguna amat-amat bahawa soal perkauman, soal agama dan soal membabitkan bangsa jangan disentuh sesuka hati kerana ia adalah pencetus kepada perkara-perkara yang di luar duga.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10