LIMA anggota polis, empat berpangkat konstabel dan seorang Lans Koperal, didakwa di Mahkamah Majstret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan mencederakan seorang ahli perniagaan dan satu lagi tuduhan di atas kegagalan mematuhi arahan mengikut Akta Polis 1967, berkaitan insiden sama.
Empat konstabel, Mohd Azwan Hassa, Norzali Rosle, Ahmad Saifullah Osman dan Alizulhafiz Abdul Ghafar bagaimana meminta dibicarakan atas kesalahan mencederakan ahli perniagaan terbabit, Chia Buang Hin, 34.
Seorang lagi, Lans Koperal Mahadi Adam, didakwa kerana gagal mematuhi arahan di bawah Akta Polis 1967 berkait kes yang sama. Mahadi juga minta dibicarakan.
Chia sebelum ini mendakwa dipukul beberapa anggota polis dan wangnya sebanyak RM13,000 turut diambil selepas dia ditahan pada satu sekatan jalan raya pada 11 malam 18 Disember tahun lalu.
Dia juga mendakwa anggota polis terbabit turut mengarahkannya membuat laporan palsu yang dia terbabit dalam kemalangan jalan raya dan jika enggan mereka akan meletakkan parang yang berdarah atau dadah di dalam keretanya.