nuffnang ads
Monday, January 17, 2011
KEMATIAN CHIN SWEE LEN MASIH MISTERI: SEMUA MENUNGGU PERKEMBANGAN TERBARU POLIS BELANDA
WALAUPUN wujud pertentangan pendapat, terutama selepas Wisma Putra menerima laporan awal dari polis Belanda yang menyatakan kematian pramugari MAS, Chin Swee Len, 34, tiada unsur jenayah, namun banyak pihak di negara ini tetap mahu menunggu perkembangan terbaru hasil siasatan polis negara kincir angin itu.
Laporan bedah siasat dijangka diperolehi polis Belanda hari ini. Kematian Chin amat tragis kerana dia ditemui mati di tempat letak kereta di hotel penginapannya, sedangkan dia sebelum itu menginap di biliknya di tingkat empat.
Namun semua masih menunggu. Laporan tiada unsur jenayah yang diberikan oleh polis Belanda sebenarnya adalah laporan umum kerana ketika pendapat itu diberikan kepada Wisma Putra, mereka masih tiada asas utama mengatakan ia perbuatan jenayah, terutama tanpa adanya laporan bedah siasat.
Chin ditemui mati kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, hari sepatutnya dia berangkat pulang ke negara ini. Pramugari kanan itu tinggal bersama seorang anak dan suaminya di Taman Oaland, Seremban dan menyertai MAS pada 1997.