SEORANG jurutera yang bekerja di Saratok, Sarawak nyaris lemas apabila kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai ketika sedang memandu kira-kira jam 11 malam tadi.
Kepantasan penduduk berdekatan membantu memecahkan cermin tingkap, berjaya mengeluarkan jurutera berkenaan daripada terperangkap. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sarawak.-SUD