nuffnang ads

Sunday, January 9, 2011

JURUKAMERA FILEM 'KENCING DI TANDAS'DITANGKAP POLIS!

Pelancong buat laporan polis dirinya dirakam ketika kencing.-sarawakupdate
Lelaki alim-alim kucing, pekerja Dewan Bandaraya Kuching Utara, ditahan di tandas Muzium Kuching kerana merakam gambar pelancong kencing.-pix:sarawakupdate
SEORANG pekerja Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang berlagak alim-alim kucing ketika berada di Muzium Kuching, diberkas polis selepas perbuatannya merakam seorang pelancong Australia membuang air di dalam bilik tandas muzium berkenaan terkantoi!

Lelaki berusia 21 tahun sebelum itu didatangi pelancong terbabit bertanyakan arah tandas dan dia dengan lagak alim-alim kucing tanpa berlengah menunjukkan tandas berkenaan, kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun, di sebalik lagak alim-alim kucing itu dia rupanya seorang 'jurukamera' yang suka merakam gambar perempuan kencing!

Bagaimanapun, perbuatannya itu dikesan pelancong berkenaan lalu menyergah dan peliknya barangkali kerana terlalu terkejut lelaki itu terdiam kehilangan kata-kata.

Polis terus dihubungi dan menhannya. Siasatan awal mendapati telefon yang dirampas mempunyai data rakaman dipercayai merakamkan pelancong asing itu ketika berada di dalam bilik tandas sedang membuang hajat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10