EMPAT pasukan utama Asia akan bertarung sesama sendiri dalam peringkat separuh Asia bagi merebut dua slot ke peringkat akhir Piala Asia yang sedang berlangsung.
Korea Selatan akan bertemu musuh tradisi Asia Timur, iaitu Jepun manakala Australia pula akan berdepan pasukan Uzbekistan.
Pada peringkat suku akhir malam tadi, Korea Selatan membenam Iran 1-0 menerusi jaringan Yoon Bit pada minit ke 105 masa tambahan.
Dalam satu lagi persaingan, Australia menewaskan Iraq juga dengan jaringan 1-0 menerusi gol Harry Kewell pada minit ke 117, juga pada masa tambahan.