nuffnang ads

Sunday, January 9, 2011

ILMU EKONOMI OLEH ORANG TIDAK BERSEKOLAH UNTUK UMNO BAB SATU

MENGIKUT penganalisis harga minyak di pasaran dunia akan mencecah RM306.80 pada tahun ini! Ini sekali gus memberi makna, harga minyak di negara kita akan turut naik dan naik dan naik. Ini turut memaksa nafsu menaikkan harga barangan pengguna turut naik dan naik dan naik.

Ia juga satu isyarat yag jelas bahawa rakyat Malaysia akan menderita berdepan masalah kenaikan harga barangan dan masalah kemiskinan.

Malaysia dikatakan membelanjakan RM73 bilion setahun untuk memberi subsidi dan melakukan usaha bagi memastikan harga pelbagai barangan seperti minyak, tepung dan gula misalnya tidak naik melambung. Kenapa jadi begini. Kenapa kita lakukan kerja bodoh ini? Sedangkan kerajaan yang pintar sepatutnya tahu, pembaziran RM73 bilion ini boleh dielakkan.

Jika trend kenaikan harga minyak ini menjadi realiti, kehidupan rakyat bawahan sudah tentu menjadi susah dan melarat.

Oleh itu orang kampung yang tidak bersekolah menasihatkan pakar ekonomi negara dan pemimpin Umno negara yang pandai-pandai, terutama apabila bercakap soal ekonomi dalam cerita politik mereka supaya membaca bab yang pendek ini untuk bermuhasabah dan jangan hanya mendahulukan rakyat apabila berdepan setiap kesusahan.

TANAM SENDIRI. TANAH LUAS. HASILNYA UNTUK RAKYAT DAN BOLEH DIESKPORT UNTUK KAYAKAN NEGARA.

Bumi @ tanah yang dianugerahkan Allah kepada Malaysia amat luas dan subur. Amat subur dan luas! Kelapa untuk santan boleh ditanam, minyak sawit untuk minyak masak boleh ditanam, tebu untuk gula boleh ditanam, padi untuk beras boleh ditanam, bawang boleh ditanam, sayur-sayuran boleh ditanam. Tapi sejauh mana, sebanyak mana telah kita tanam?

Jadi kerajaan janganlah pekakkan telinga apabila rakyat mengusulkan cadangan dan sebaliknya menganggap cadangan itu cadangan bodoh.

Tanamlah menggunakan perancangan amat bersistematik. Apa guna pegawai pertanian, pegawai mardi dan apa bagai lagi pegawai yang ada kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pertanian. Gunakan khidmat mereka untuk menjadikan Malaysia pengeluar kepada semua barangan pertanian itu.

Masih banyak hutan, tanah kerajaan dan tanah terbiar boleh diusahakan. Janganlah terlalu ke depan bercerita bio teknologi, bercerita mahu tanam epal dan anggur dan mahu apa macam lagi yang pelik-pelik. Langkah penting adalah kerajaan yang mesti mulakan. Bukan rakyat!

Cuba lihat tanah untuk Mardi yang beratus hektar bagi sesuatu tempat di negara ini. Adakah ia memberi hasil pertanian yang sewajarnya? Jawapannya tidak. Tanah yang beratus hektar itu hanya ditanam dengan SAMPEL pokok untuk dijadikan bahan eksprerimen semata-mata. Ingat! Selepas 53 tahun, kerja kita bukan mahu membuat eksperimen lagi. Kerja kita adalah hasilkan bahan pertanian sebanyak mungkin.

Kenapa berlaku keadaan Malaysia hanya hasilkan 1 peratus sahaja gula sedangkan tebu boleh ditanam merata-rata? Ini adalah contoh kebodohan kita mengurus ekonomi. Jangan lihat tebu sebagai topik bodoh yang hanya boleh diperkatakan oleh orang bodoh sahaja!

Inilah sahaja bab ilmu ekonomi orang kampung yang bodoh bangang yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk orang yang bangang-bangang!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10