IBU tercinta kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saiffudin BA atau Saiffudin Bin Abdullah telah kemabli ke rahmatullah di kediaman anaknya di Taman Pelangi, Rawang semalam.
Menurut anak ketiga allahyarham, Shahidah Abdullah, 38, ibunya, Ramlah Uda, meninggal dunia jam 6.30 petang akibat komplikasi jantung.
Shahidah memberitahu, ibunya dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam pada 24 Ogos sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 1 September untuk menjalani tiga pembedahan.
Allahyarham meninggalkan 5 anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Saiffudin adalah anak sulung, manakala suami allayarham, Abdullah Long meninggal dunia pada 13 Mac tahun lalu.
Semoga Allah merahmati dan ditempatkan roh allahyarham di sisi mereka yang beriman.