nuffnang ads

Thursday, January 20, 2011

GURU MENGAMUK LIBAS PEDANG: 14 GURU LAIN BERMALAM DI HUTAN. POLIS DIHUBUNGI TIBA 11 JAM KEMUDIAN!

SEMUA berdepan masalah! Seorang guru entah apa masalahnya, tiba-tiba mengamuk di kuarters kediaman guru di Kampung Sabur, Kudat, tengah malam kelmarin dengan melibaskan pedangnya sesuka hati.

Berikutan itu, 14 guru lain yang berdepan masalah bimbangkan keselamatan masing-masing terpaksa melompat dari kuarters setinggi dua meter dan berlari masuk ke dalam hutan untuk melindungi diri. Mereka termasuk dua guru wanita, terpaksa bermalam bersama nyamuk dan pacat!

Seorang guru kemudian menghubungi polis, tetapi polis juga ada masalahnya, datang selepas 11 jam dihubungi. Masalah polis ialah laut bergelora dan polis terpaksa pula meminta bantuan Unit Udara untuk sampai dan menahan guru lelaki yang mengamuk itu.

Masalahnya ialah kalau tiada masalah tidak apa. Andainyalah ada yang kehilangan nyawa, tentulah lain pula masalahnya!

Guru terbabit dikatakan telah lapan tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Sabur, Kudat dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Masalah guru itu ialah dia mula dikesan tidak boleh direnung orang sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja guru, malah nelayan tempatan yang merenungnya juga akan berdepan masalah. Ketika mengamuk dia menetak dinding rumah guru lain menyebabkan semua guru tiada pilihan, kecuali cabut melarikan diri ke hutan.

Tentang masalah polis datang lewat, Ketua Polis daerah Kudat, DSP Dawi Ossen, berkata angin kencang menyebabkan anggota dari Balai Polis Banggi terpaksa meredah ombak ombak. Itu masalah besar katanya.

Tentang guru bermasalah itu pula, katanya ditahan dan direman selama empat hari dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Polis turut merampas senjata tajam yang digunakan ketika mengamuk.

Memang masalah kalau ketika berdepan masalah ada sahaja masalahnya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10