|
Sebahagian peralatan kargo ditemui.Pix:sarawakupdate |
LAPAN anak kapal kargo Soon Bee 11 yang tenggelam akibat cuaca buruk di Sarawak, Isnin lalu masih hilang. Empat daripadanya warga Malaysia dan empat yang lain warga India. Seramai 10 yang lain berjaya diselamatkan dan kini berada di hospital.
|
Salah seorang mangsa terselamat berada di hospital.Pix:sarawakupate |
Warga Malaysia yang masih hilang ialah, Bong Lian Choi, Jong Qing You, Bong Kui Seng dan Patra anak Sipor manakala empat warga India pula ialah Tripah Yogesh Kumar, Atun Mathury Raja, Vivik Hazanika dan Pratap Singh.