nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

GAMBAR: PENDERA ANJING DIBURU!!!!


PENGGUNA internet yang peka terhadap penderaan seekor anjing belaan oleh seorang lelaki dan teman wanitanya kini dipercayai sedang bergerak secara berkumpulan untuk mengesan sehingga ke akar umbi, untuk membawa pelaku dera itu ke muka pengadilan.

Penderaan itu dikesan apabila videonya tersebar menerusi internet. Dalam video itu seorang lelaki dilihat memarahi, memukul dan mengherdik seekor anjing hanya kerana gagal berdiri seperti diarahkan. Anjing berkenaan dilihat terlalu lemah, dipercayai teruk menjadi mangsa penderaan seekor manusia berhati binatang.

Memang pelakunya pun lebih buruk lakunya daripada seekor anjing. Sesiapa yang ada maklumat, salurkan kepada SPCA atau Jabatan Veterinar berdekatan untuk memudahkan tindakan undang-undang diambil ke atas pelakunya yang dipercayai tinggal di sekitar Kepong, Kuala Lumpur.-Pix:TMI

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10