nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

FASHA SANDA ANGIN SATU BADAN: BENGANG DENGAN KAWAN DAN TAK MAHU KOMEN GAMBARNYA DI BALI

FASHA Sanda dilaporkan kunci mulut. Selain tidak mahu komen di atas pertanyaan tentang gambar seksinya yang hanya berbikini di Bali, dia dikatakan turut angin dengan kawannya, terutama yang dikatakan menyebarkan gambar berkenaan di internet.

Sudahlah Fasha angin kerana Jejai tidak ada bersamanya kerana dikatakan bersama anak-anak hasil perkongsian hidup dengan Nora Danish, apa yang dilakukannya di Bali pula menjadi 'peluru berpandu' yang tak habis-habis meledak ke arahnya.

Kini barulah Fasha tahu. Kalau begitu anginnya di atas apa yang berlaku, begitu jugalah angin peminat melihat apa yang dipaparkan.

Peminatnya bukan sengaja mahu menabur seranah, tetapi peminat bertindak begitu kerana mahu dia berubah. Soalannya bolehkah? Bolehkah Fasha berubah? Bolehkah?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10