Pakar bunuh bayi, Dr Kermit Gosmell...sambut kelahiran kemudian tikam guna gunting untuk pengguguran. |
SEORANG doktor ditahan dan didakwa di mahkamah semalam, atas lapan tuduhan termasuk menyambut kelahiran tujuh bayi yang kemudian dibunuh menggunakan gunting.
Dr Kermit Gosmell ditahan di Pennsylvinia, selepas lebih tiga puluh tahun menjalankan operasi pengguguran dan menyambut kelahiran di sebuah klinik miliknya yang disifatkan pihak berkuasa sebagai klinik yang berbau hanyir dengan penyeksaan!
Setakat ini sekurang-kurangnya dua wanita maut mendapatkan perkhidmatan Dr Gosmell yang didakwa pendakwaraya telah mearih keuntungan ratusan juta ringgit selama beroperasi. Kliniknya menjadi tumpuan golongan miskin dan pendatang asing terutama bagi pengguguran bayi hasil hubungan haram.
Selain kematian wanita dan pembunuhan bayi, Dr Gosmell turut didakwa menyebabkan ramai pesakitnya mengalami trauma dan komplikasi berkekalan di bahagiann perut, servik dan uterus.