SEORANG datuk kandung dan bapa saudara kandung ditahan polis di Kuching petang tadi, selepas disyaki merogol tiga beradik perempuan yang juga cucu dan anak saudara masing-masing.
Kes terbongkar apabila salah seorang mangsa yang berusia 16 tahun disahkan mengandung oleh Hospital Kuching selepas dibawa pemeriksaan oleh ibunya. Selepas disahkan dirogol, satu laporan polis dibuat oleh ibunya.
Polis yang menyiasat kes itu kemudian membongkar kes rogol membabitkan dua lagi adik mangsa, juga dikatakan dilakukan oleh datuk kandung dan bapa saudara kandung mereka.
Ketiga-tiga beradik remaja perempuan itu ditinggalkan di bawah jagaan datuk dan bapa saudara mereka selepas ibu bapa mereka bercerai.
Kini kesemua mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi perlindungan.