nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

DAKWAAN MENTERI ROGOL AMAH: SAMM BUAT LAPORAN POLIS

Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis di Seremban, berhubung dakwaan seorang menteri dalam kabinet merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia, tiga tahun lalu.

Laporan itu dibuat oleh wakil SAMM, Norazizi Aziz, berdasarkan satu dokumen yang disebarkan menerusi internet mengenai dakwaan itu sejak bulan lalu.

Kenyataan SAMM menyebut, laporan polis itu dibuat bagi menggesa polis membuka kertas siasatan memulakan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa menteri terbabit merogol mangsa.

Kumpulan SAMM yang diketuai oleh Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, turut berkata kes itu akan memburukkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Indonesia jika ia tidak ditangani dengan sempurna.

"SAMM meminta satu penyiasatan yang bebas dan telus dapat dilakukan dalam kes ini tanpa membabitkan campurtangan pemimpin-pemimpin kanan," jelas kenyataan SAMM lagi.

Tun Abdullah Badawi yang meletakkan jawatan pada April 2009 juga didakwa oleh sesetengah blog sebagai cuba melindungi kes berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10