Singgah sini sejenak...berdoa untuk sebuah kemenangan. |
SLM: Macam mana tau?
AH FATT: Tengok muka pun wa tau ma..(dia ketawa dan tepuk bahu SLM)..jangan marah..joke!
SLM: You pandai...betul...tapi saya ingat tak sampai sana la...sebab saya mahu jumpa anak..masa tak adalah..
AH FATT: Anak belajar sana Mara (UiTM) punya universiti ka?
SLM: Ya..ya..
AH FATT: Jalan pun jem sana..(dia gelengkan kepala).
SLM: Saya kirim salam sama you sampaikan sama Normala boleh?
AH FATT: (Dia menung sekejap) Kemudian ketawa. Woo...itu ustazah ka? Dia boleh menang woo..
SLM: Mana you tahu?
AH FATT: Kita sini punya orang pun suka tengok dia punya muka. Dia punya muka baik punya muka. Orang baik punya ma..betul..ini cakap betul.
SLM: Kenal dia?
AH FATT: Tengok paper sama poster...Itu BN punya orang sakit woo...susah mahu lawan ini ustazah
(Kemudian bini Ah Fatt cakap Cina dengannya. SLM tengok saja sebab tak faham)
SLM: You ada kerja kah?
AH FATT: Saya punya bini cakap, dia punya adik undi sana nanti minggu!
SLM: (Saja menduga) Dia undi sapa?
AH FATT: Ustazahlah ma...sapa tengok dia punya muka mesti suka sama dia. Itu orang cakap banyak busuk kasi busuk sama dia...tak da guna punya orang!
SLM: Siapa?
AH FATT: Itu paper Cina ada tulis cakap dia tak boleh salam orang. Tapi saya punya kawan cakap, semua perempuan Cina dia salam apa...itu ustazah peluk serupa adik kakak ma...itu kempen jahat punya orang.
SLM: Okaylah bos...saya mahu jalan dulu. Nanti lambat, anak saya bising nanti.
AH FATT: Terima kasih ha kawan...
SLM: (Menduga lagi) last nak tanya. Siapa boleh menang election minggu ni.
AH FATT: Mintak-mintak itu ustazah menanglah.. Dia baik punya orang!