nuffnang ads

Monday, January 3, 2011

BURUAN BUAYA DI SUNGAI SAMARAHAN DITERUSKAN WALAUPUN 3 EKOR TELAH DITANGKAP DAN DILAPAH PERUTNYA


PENDUDUK kampung di tebing Sungai Samarahan, tetap meneruskan usaha menjejak seekor buaya yang telah membaham imam kampung, Sidi Samad, 66, dalam tragedi berlaku pagi 18 Disember lalu.

Pemburuan itu diteruskan selepas 3 buaya yang ditangkap dan dilapah perutnya setakatnya ini terbukti bukan buaya sebesar perahu yang didakwa dilihat penduduk membaham Sidi ketika menjala udang di belakang rumahnya.

Bagaimanapun Pengerusi Malaysian Nature society (MNS) Prof Madya Maketab Mohamed, berkata membunuh buaya bukan cara terbaik walaupun kehadirannya telah menyebabkan keselamatan dan kehidupan manusia terancam.

Maketab berkata demikian sebagai tidak bersetuju tindakan penduduk kampung meneruskan pemburuan ke atas buaya yang membaham Sidi itu. Mereka mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk mencari buaya yang dikatakan masih bebas di Sungai Samarahan itu.

Namun hakikatnya ialah dalam mencari kebenaran sudah tentu ada yang terkorban. Jika kita sayangkan buaya lebih daripada manusia, bermakna kita biarkan manusia sentiasa hidup dalam gelisah sedangkan mereka yang gelisah itu adalah kalangan nelayan yang mencari rezeki yang turut dihuni buaya mengganas!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10