nuffnang ads

Friday, January 7, 2011

(BERGAMBAR)TERKINI!!!!PEJABAT ADUN SRI MUDA, MOHD SHUHAIMI SHAFIE DISIMBAH CAT MERAH!!!

PERBUATAN apa yang dikenali sebagai kurang waras, berlaku awal pagi ini apabila pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shah Alam,  Shuhaimi Shafie, disimbah cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian dipercayai baru sahaja berlaku awal pagi tadi berdasarkan keadaan cat yang masih basah pada jeriiji dan tangga masuk ke pejabatnya yang terletak di Kota Kemuning.

Salah seorang Pegawai Khas beliau, Mohamad Azmin Abdul Karim, ketika ditemui berkata kejadian disedari kakitangan pejabat sebaik sahaja mereka datang ke pejabat pagi ini. Turut disimbah cat ialah gambar Mohd Shuhaimi pada satu papan tanda yang dipasang berhampiran sebuah bulatan tidak jauh dari pejabat wakil rakyat itu.

Shuhaimi menjadi popular apabila blog beliau dipetik orang konon berniat jahat dan mempunyai unsur hasutan berkait kes penolakan Mohamad Khusrin sebagai SUK, beberapa hari lalu.

Malah sehingga kini lapan laporan polis dibuat pelbagai pihak meminta tindakan dikenakan ke atas Shuhaimi. Namun Shuhaimi sebenarnya tidak pernah berniat jahat dan memaklumkan sedia memohon ampun kepada Sultan jika tulisannya itu menyinggung perasaan.

Tindakan pihak tertentu yang menyebarkan kononnya Shuhaimi ditahan polis di rumahnya malam tadi oleh sepasukan polis Bukit Aman juga antara fitnah pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan 'geram' di atas tulisan beliau di dalam blognya.

Walau apa pun keadaannya, semua pihak sepatutnya bertindak rasional. Jika benar ia satu kesalahan biar sahaja pihak berkuasa menyiasatnya dan tidak mengambil tindakan sendiri seperti menyimbah cat merah di pejabat wakil rakyat itu, pagi ini.

Dalam hidup berdemokrasi, kita julang demokrasi secara mulia dan bertindaklah secara bijaksana. CCTV yang dipasang sudah pasti mampu memaparkan wajah mereka yang terlibat dalam kejadian menyimbah cat ini!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10