RIBUT menderu-deru mengatakan Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie akan membuat kenyataan, termasuk kemungkinan keluar dari Pakatan Rakyat, hari ini!
Banyak pihak turut tertanya-tanya apakah keputusan 'berat' yang dikatakan akan diambil Shuhaimi dalam tempoh terdekat ini.
Shuhaimi yang didakwa pelbagai pihak kononnya menghina raja menerusi tulisannya di dalam blog beliau baru-baru ini adalah antara wakil rakyat Pakatan Rakyat yang amat sering diasak oleh Umno sejak kebelakangan ini.
Malah beberapa insiden turut menimpa beliau, termasuk pejabatnya di Kota Kemuning, Shah Alam disimbah cat baru-baru ini. Gambar beliau pada papan tanda berdekatan bulatan juga turut menerima nasib serupa.
Untuk berlaku adil, biar Shuhaimi yang tentukan apa tindakan yang diambilnya. Baru-baru ini beliau pergi ke Indonesia dan dikatakan baru sahaja pulang ke tanah air.