Noraini Syazwani...meninggal dunia semalam |
Korban dalam kejadian pertama, Noraini Syazwani Abdullah, 2 tahun 11 bulan, meninggal dunia semalam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Noraini terkena simbahan air panas jam 5 petang Isnin lalu di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, Kangar tetapi meninggal dunia jam 1.20 pagi semalam.
Dalam kejadian kedua, jam 6 petang Isnin lalu, Anis Syafiah Syukri, juga dua tahun cedera parah di paha apabila terkena air panas di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kampung Repoh, Kangar.
Dia kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.