BANJIR terus memburuk di Kelantan apabila sejak 9 pagi tadi, 4913 pelajar diarah pulang manakala 16 sekolah terpaksa ditutup apabila kesemuanya mulai dinaiki air sungai yang melimpah.
Enam sekolah di Pasir Mas yang ditutup ialah SK Lubok Setol, SK Bakong, SK Kedondong, SK Kampung Baru, SABK Al-Falah dan SABK Diniah.
Enam sekolah di Tanah Merah juga diarah tutup. Sekolah berkenaan ialah SK Tebing Tinggi, SK Ladang Kerilla, SMK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Kulim.
Sementara empat sekolah lain yang ditutup berada di dalam jajahan Tumpat. Sekolah terbabit, SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Chenderong Batu dan SABK Nurulhuda.
Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang mengesahkan penutupan sekolah terbabit.