nuffnang ads

Tuesday, January 11, 2011

BAKAR NOVEL INTERLOK: 5 LAPORAN POLIS DIBUAT

LIMA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan polis berhubung perbuatan tidak berotak dan biadap membakar novel Interlok oleh sekumpulan penduduk keturunan India di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), di Klang, Sabtu lalu.

Kelima-lima NGO itu membuat laporan secara bersama pada jam 3.30 petang semalam di Balai Polis Daerah Dang Wangi.

NGO berkenaan ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara.

Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata pihaknya mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap tindakan 100 orang penduduk yang membakar buku itu serta salinan gambar novel berkenaan, Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10