KEBETULAN atau tercetus daripada manifestasi untuk meluahkan ketidakpuasan terhadap pemerintahan di negara masing-masing. Namun realitinya, sejak semalam, selepas seorang rakyat Tunisia, Mohamed Bouazizi, 26, membakar diri kerana marah dengan pemerintahan Presiden Tunisia, Ben Ali yang telah merlarikan diri, beberapa insiden serupa berlaku di Mesir, Mauritania dan Algeria.
Sejurus Mohamed Bouazizi, lulusan universiti membakar diri kerana dihalang berniaga buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menampung hidupnya di Tunisia, seorang warga Mesir membakar dirinya di depan Parlimen di Kaherah.
Kemudian satu lagi insiden membakar diri dilakukan oleh warga Mauritania, semalam di negaranya. Ia kemudian berlaku pula tidak lama selepas itu di Algeria, apabila seorang warga negara itu membakar diri kerana meluahkan ketidakpuasannya.
Hari ini pula, dua lagi kejadian serupa berlaku di Mesir. Dalam kejadian pertama, seorang peguam, Muhamaed Farouq Mohamed Al-Sayed membakar dirinya, juga dikatakan tidak berpuas hati.
Tidak lama selepas itu, seorang lagi warga Mesir membakar dirinya di depan Parlimen. Juga dikatakan tidak berpuas hati, termasuk kepada pemerintahan negara itu.
Apakah Mohamed Bouazizi yang membakar diri sehingga Presiden Tunisia, Ben Ali melarikan diri dianggap satu permulaan dalam kerja gila semata-mata untuk meluahkan ketidakpuasan hati manusia?