TAUFIK Hidayat gagal menebus dendam untuk membenam ego Lin Dan, tetapi memaksa jaguh utama China itu berlari ke setiap gelanggang dalam perlawanan suku akhir tadi. Lin Dan akhirnya menang dengan tiga set, 13-21, 21-8 dan 21-15 dalam kejohanan Badminton Terbuka Korea.
Dengan kemenangan itu, Lin Dan bakal bertemu Simon Santoso dari Indonesia selepas Simon mengetepikan cabaran pemain Denmark, Peter Gade pada satu lagi persaingan suku akhir dengan kemenangan 21-17 dan 21-16.