nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

APABILA REMAJA HISTERIA, SEMUA JADI KELAM KABUT...


KASIHAN melihat aksi seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Temerloh, semalam yang tiba-tiba dirasuk histeria sehingga bertindak mahu terjun dari bangunan sekolah.

Ini bukan perkara luar biasa. Histeri telah menjadi budaya dalam kehidupan, khususnya remaja di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Peliknya hantu histeria hanya suka sangkut di dalam perasaan dan jiwa perempuan. Hantu histeria pandai memilih jantina wanita.

Ayuh...ini cabaran buat pakar perubatan. Jika kita mampu membuat kereta dan hantar rakyat ke angkasa lepas, cubalah cari sejenis rawatan yang mampu mengesan kenapa histeria ini berlaku dan ciptalah sejenis ubat yang mampu merawat pesakit histeria ini.

Selain bantuan pakar rawatan tradisional dan rawatan Islam, perubatan moden harus menganggap ini sebagai satu lagi cabaran dalam dunia moden.

Kita tidak mahu melihat lebih ramai remaja perempuan hatinya mudah terusik dengan hantu histeria. Apabila remaja histeria, semua jadi kelam kabut...

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10