WAKIL RAKYAT Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, dilaporkan dalam keadaan tenat dan kritikal dan kini difahamkan sedang bergantung kepada alat bantuan pernafasan, di hospital.
Difahamkan, beberapa pemimpin Umno berada di sisi beliau sekarang manakala Ketua Menteri, Ali Rustam dalam perjalanan untuk menziarahinya.
Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi laman twitter melaporkan, beberapa rakannya dari Umno memberitahu wakil rakyat itu dalam keadaan kritikal dan mohon berdoa untuk kesihatannya.