nuffnang ads

Thursday, January 20, 2011

33 SAUDARA MARA BEKAS PRESIDEN TUNISIA, DITANGKAP


PIHAK berkuasa Tunisia hari ini menangkap 33 orang saudara mara terdekat kepada bekas Presiden negara itu, Ben Ali yang melarikan diri minggu lalu.

Televisyen negara itu menyiarkan laporan penangkapan berkenaan sambil memaparkan pelbagai barangan yang dirampas daripada kesemua yang ditahan, termasuk kad kredit, ketulan emas, jam, wang tunai dan perhiasan yang disyaki diperolehi secara haram.

Ben Ali telah melarikan diri bersama isterinya Leila, menuju ke Arab Saudi sejurus menyedari rakyat negara itu melancarkan pemberontak menentang pentadbirannya.

Sehingga kini keadaan di Tunisia masih belum tenteram di mana berlaku beberapa kali pertempuran bersenjata membabitkan dua pihak, kerajaan dan pemberontak yang mengorbankan lebih 80 nyawa.-AFP
 

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10