nuffnang ads

Thursday, January 27, 2011

3 PEMAIN BOLA SEPAK SABAH DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA MENCURI


TIGA pemain bola sepak Sabah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan mencuri di Likas, empat hari lalu.

Dendi Lowa, 19, Leopold Alfonso Otong, 20 dan seorang berusia 17 tahun minta dibicarakan di hadapan majistret Nurulhuda Yusof atas dakwaan memecah masuk Likas Square Condotel dan mencuri RM1,070 dan sebuah telefon bimbit bernilai RM1,500.

Deni, Leopold dan juvana itu yang merupakan pemain simpanan Sabah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam .30 pagi 23 Januari lalu.

Ketiga-tiga boleh dikenakan penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Nurulhuda menetapkan 11 April sehingga 13 April untuk perbicaraan dan membebaskan Dendi dan Dendi dengan jaminan RM2,000 setiap seorang manakala juvana terbabit dibebaskan dengan  jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10