nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

TULISAN KALIMAH ALLAH: THE NEW STRAITS TIMES DIGESA TARIK BALIK RUANGAN LIFE & TIMES ESOK


IKLAN NST dalam Harian Metro hari ini cukup meletakkan pembaca beragama Islam dalam keadaan tertekan dan gelisah. Ia melibatkan gambar seorang wanita berpakaian corak harimau bintang dan rambut separuh botak berjeriji tajam. Dua perkataan di atas kepala tertulis PEMBERONTAK dan di depan bibirnya DISALAHFAHAM.

Ia jelas satu usaha untuk mempromosi ruangan life&times NST yang diterbitkan setiap Ahad (esok). Bagaimanapun, semua itu masih tidak apa kerana pembaca faham dan reti.

Cuma yang membuatkan pembaca Islam akan marah dan akan menjadi satu isu sukar dijawab nanti ialah rantai dipercayai diperbuat dari kayu di leher model yang ditampilkan. Lihatlah dengan teliti rantai leher itu tertulis banyak KALIMAH ALLAH. Pertamanya, saya pasti model ini bukan Islam dan keduanya penggunaan kalimah Allah seharusnya diletakkan pada tempat yang sesuai dan mulia.

Mohon Datuk Ahmad Talib atau sub-editor atau editor untuk The New Sunday Times, cepat bertindak untuk
menghentikan proses penerbitan ruangan berkenaan. Ini bagi mengelakkan bantahan dan kontroversi yang saya percaya akibat sikap LALAI dan KURANG PEKA sesetengah mereka yang ditugaskan menjaga halaman berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10