nuffnang ads

Sunday, December 19, 2010

SUSULAN SERANGAN BUAYA DI SUNGAI SAMARAHAN: SEBAHAGIAN ANGGOTA TUBUH SIDI DITEMUI

Sebahagian anggota tubuh Sidi ditemui pasukan mencari, di tebing Sungai Samarahan pagi tadi, selepas dibaham buaya ketika menjala udang semalam.
PASUKAN mencari menemui sebahagian daripada anggota tubuh Sidi Samat, 66, yang dilaporkan menjadi mangsa bahaman buaya semalam, ketika dia bersendirian menjala udang di Sungai Samarahan, kira-kira 25 meter dari rumahnya.

Bahagian anggota tubuh seperti perut dan tangan kiri mangsa ditemui di tebing sungai berkenaan kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Pasukan mencari yang dianggotai pelbagai agensi kerajaan seperti polis, Rela, Jabatan Perhutanan negeri dan Bomba dan Penyelamat menggerakkan usaha mencari, sebaik sahaja mangsa dilaporkan hilang semalam.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Reban.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10