nuffnang ads

Monday, December 20, 2010

SPIES, INC(PERISIKAN DIPERBADANKAN) ISRAEL: TENTANG KOD 8200 UNIT PERISIKANNYA

BUKU Spies Inc(Perisikan Diperbadankan) menceritakan banyak perkara. Dalam buku ini, bekas wartawan majalah Business 2.0 dan Time, Stacy Perman mendedahkan kewujudan sebuah unit perisikan dalam tentera Israel yang menggunakan teknologi tinggi dan hanya dikenali dengan kod 8200.

Unit 8200 begitu dirahsiakan dan tiada siapa mahu atau boleh mengesahkan mengenai kewujudannya. Unit ini merangkumi satu pasukan perisikan yang besar diwujudkan oleh tentera Yahudi untuk memerangi musuh mereka.

Keupayaan besar Israel dalam teknologi tinggi sememangnya sudah dapat diperhatikan dengan beberapa siri serangan tepat terhadap pemimpin-pemimpin Arab, khususnya pejuang Palestin dan menteri negara Arab yang dimusuhi.

Selain kekuatan ketenteraan Israel menggunakan teknologi tinggi untuk mengesan dan memusnahkan musuh, buku tulisan Perman ini mempamerkan sau impak yang nyata kepada Israel dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi dunia.

Sebagai sebuah negara yang terkepung, Israel mewajibkan rakyatnya pada usia tertentu menjalani kerahan tenaga. Dalam kes 8200, Israel memilih pelajar-pelajar yang cemerlang dan menunjukkan kriteria tertentu sahaja untuk menyertai 8200. Mereka kemudiannya turut menjalani latihan asas ketenteraan tetapi selepas itu,  menjalani indoktrinasi 8200.

Disamakan seperti agensi NSA Amerika Syarikat, unit 8200 ditubuhkan untuk memintas, membuka kod rahsia dan menganalisis transmisi musuh.

Namun berbesa dengan NSA, 8200 tidak boleh membeli peralatan atau perkakasan yang terdapat di pasaran. Untuk berbuat demikian bermakna memberi pengesahan mengenai kewujudannya. Oleh kerana itu, 8200 perlu mencipta senjata dan mengguna pakai teknologi sedia ada mengikut keperluannya sebagai sebuah negara yang 24 jam berada dalam mood peperangan.

Menurut Parman, antara tugasan yang diberikan ialah seseorang ejen itu diberi satu permasalahan dan mereka mesti tampil mengemukakan resolusi dalam tempoh yang pendek. Ini bertujuan melatih mereka untuk tidak menjadi buntu dalam keadaan berdepan situasi kecemasan.

Apabila perang berlaku, masa adalah emas dan jika ejen tidak dapat menyediakan peralatan yang diperlukan oleh tentera di barisan hadapan, Israel akan hancur!

Sesuatu kaedah yang dikemukakan itu tidak semestinya mengikut amalan tetapi itu tidak dipentingkan oleh tenaga pelatih 8200. Apa yang penting ialah bagaimana mereka dapat mencapai keputusan daripadanya.

Seperti mana-mana unit dalam tentera Israel, rakyat yang menyertai kerahan tenaga dibenarkan kembali ke masyarakat awam setelah melalui lima tahun kerahan tenaga. Ada juga yang kekal sehingga pencen.

Oleh kerana ramai antara kerahan tenaga dalam 8200 diambil semasa berusia 17-18 tahun, apabila keluar daripada perkhidmatannya, umur mereka masih muda. Mereka ini kemudian menyertai sektor korporat dengan melahirkan teknologi-teknologi terkini sama ada untuk aspek pengkomputeran ataupun telekomunikasi.

Khabar angin mengenai kewujudan bekas-bekas ejen 8200 memasuki pasaran ICT global mula didengar sejak 1990-an dan kemudiannya disahkan dengan pencapaian beberapa syarikat.

Tentu kita pernah mendengar perisian antivirus Firewall yang kemudiannya menjadi perkataan dalam kamus pengkomputeran utnuk menerangkan mengenai sistem antivirus. Firewall dicipta oleh Yahudi iaitu ejen 8200 Israel dan mungkin terdapat dalam komputer kita hari ini?

Tetapi persoalan itu kita ketepikan. Buku Spies Inc ini sebenarnya memberi idea tentang bagaimana Israel menggunakan tenaga manusianya untuk meraih manfaat sebenar daripada teknologi. Aapakah memadai bagi graduan Program Sains Komputer negara kita apabila keluar hanya menjadi pengawal sistem ICT di sesebuah organisasi?

Mengapa sedikit benar yang menjadi inovator dalam ICT? Jika dilihat cara Israel, mereka yang pandai komputer diberi dorongan dan sokongan untuk mencipta sistem-sistem baru dan inovasi luar biasa. Jika ada pihak yang mencebik dengan saranan mencontohi Israel, rasional saranan ini ialah hanya mempelajari kaedah dan sistem yang diamalkan. Bukan 'memeluk' Israel!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10