nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU: ZAIBO DAN SITI HAWA

Selamat pengantin baru. Zaibo dan Siti Hawa

PELAKON dan pelawak, Zaibo selamat menjadi seorang suami apabila sah menikahi Siti Hawa Shawal dalam satu majlis ringkas berlangsung di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat semalam.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 54, berkata dia tidak menyangka jodohnya dengan Siti Hawa kerana selama ini hubungan mereka hanya seperti abang dan adik.

Selepas melafazkan akad sebanyak 2 kali, Zaibo yang pernah berlakon dalam 15 filem selamat menjadi suami kepada Siti Hawa. Ini adalah perkahwinan pertama Zaibo dan yang kedua buat Siti Hawa. Siti Hawa mempunyai 9 anak berusia di antara  3 dan 26 tahun.

Antara filem yang pernah dilakoni Zaibo ialah Magika, Soalnya Siapa, Putera dan Senario Asam Garam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10