nuffnang ads
Thursday, December 9, 2010
SARAWAK: LEBIH 1,000 PENDUDUK PENAN TERPUTUS HUBUNGAN AKIBAT JAMBATAN RUNTUH
LEBIH 1,000 penduduk Penan di penempatan Lusong Laku, terputus hubungan dengan sekolah dan klinik apabila sebuah jambatan penting yang mereka gunakan setiap hari di Sungai Linau, dihanyutkan air beberapa hari lalu.
Jambatan itu hanyut apabila air melimpah selepas hujan lebat turun berterusan tanpa henti. Kini penduduk terbabit dikatakan terpaksa menyewa perkhidmatan bot untuk bergerak, tetapi beberapa pihak menyifatkan keadaan itu amat berbahaya ekoran arus sungai yang deras.
Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo, juga mengakui keadaan kini menyebabkan penduduk terbabit berasa amat tertekan apatah lagi semua talian telefon di kawasan itu turut terputus.
Sehubungan itu, penduduk berharap sebuah jambatan baru dapat dibina segera bagi kemudahan mereka menjalai kehidupan seharian.