SEORANG remaja berusia 16 tahun dari Sook, Keningau, Sabah mendakwa bapa saudaranya telah merogolnya tidak kurang daripada lima kali dalam beberapa kejadian di hotel murah di sekitar bandar itu awal bulan ini.
Remaja terbabit mendakwa perbuatan itu dilakukan di antara 1 Disember dan 5 Disember lalu dan dia resah setiap kali memikirkan perbuatan bapa saudaranya itu.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamad, mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kes itu yang dibuat oleh mangsa semalam.
Kini polis sedang mengesan bapa saudaranya dipercayai seorang anggota tentera untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.