nuffnang ads

Sunday, December 26, 2010

RAKAM GAMBAR MANDI ANAK PEMIMPIN POLITIK: CEKUP LEKAS SEBELUM GAMBAR BEBAS LEPAS

PIHAK berkuasa mesti bertindak segera bagi menahan lelaki berbaju putih yang lari lintang pukang selepas perbuatannya merakam gambar mandi anak perempuan seorang pemimpin politik dari Johor, di sebuah banglo di Melaka, tengah hari kelmarin, dikesan mangsa.

Suspek barang tentu kini telah mempunyai sesuatu di tangannya yang dikhuatiri boleh digunakan sebagai umpan untuk memancing agenda tertentu, apatah lagi pilihanraya kecil Dun Tenang akan dijalankan tidak lama lagi.

Sama ada dia melakukannya untuk melampiaskan nafsu atau melakukannya dengan niat tertentu, tolak ke tepi dulu motif si pelaku. Bahan bukti yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya amat bernilai tinggi dalam pasaran politik semasa. Itu yang mesti didapatkan dulu.

Semoga mereka yang mengenali pelaku si baju putih atau mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi balai polis terdekat untuk menyegerakan siasatan. Atau pelaku itu sendiri yang mungkin tiba-tiba insaf, boleh mendatangi balai polis berdekatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10