nuffnang ads

Monday, December 13, 2010

POLIS INDONESIA DAN MALAYSIA BINCANG ISU KEGANASAN

Fadli Sadama selamat diserahkan kepada Indonesia, Sabtu lalu.

SEMPENA penyerahan seorang anggota militan Indonesia yang diberkas di Johor dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia, Sabtu lalu, satu pertemuan membabitkan Ketua Polis Indonesia dan pegawai kanan polis Malaysia diadakan di Jakarta.

Dalam pertemuan itu, Datuk Akhli Bulat ketua unit anti keganasan PDRM Bukit Aman, mengetuai tidak pegawai yang lain iaitu, Datuk Pilus, Datuk Abdul Aziz Hussin dan Datuk Abdul Hamid Bador. Perbincangan berkait isu semasa dan hubungan serta kerjasama menangani keganasan serantau, terutama membabitkan dua negara.

Sabtu lalu, militan yang diberkas kerana disyaki terbabit dalam rompakan bank CIMB dan menyeludup senjata bagi tujuan keganasan, Fadli Sadama diserahkan kepada Indonesia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10