nuffnang ads

Monday, December 20, 2010

PESERTA PROGRAM REALITI SEPARUH BOGEL DISIARKAN TV3: PENONTON BUAT ADUAN

Inilah antara peserta yang separuh bogel menampakkan payu dara dalam program TV3 dimaksudkan itu.
PENONTON terkejut apabila stesyen penyiaran TV3 menyiarkan program realiti yang memaparkan beberapa peserta dalam keadaan separuh bogel - mendedahkan payu dara masing-masing dengan disaluti lumpur dan disiarkan jam 7.30 malam.

Salah seorang peserta program realiti itu yang berusia 16 tahun, Michaela Steenkamp pula mengakui dia rela melakukan adegan itu walaupun dia seorang penganut agama Kristian.

"Tiada apa yang boleh menghalang saya daipada melakukan apa sahaja demi memenuhi impian," katanya yang terpilih menjadi naib juara program berkenaan.

Bagaimanapun, stesyen penyiaran TV3 itu bukan di Malaysia tetapi TV3 di New Zealand. Stesyen penyiaran itu menyiarkan program New Zealand's Next Top Model pada 20 Ogos lalu dengan sebahagian pesertanya berlagak seperti jurugambar sambil sebahagiannya tidak memakai coli, sebaliknya melumurkan lumpur pada bahagian dada.

Penonton di New Zealand membuat aduan rasmi kepada Broadcasting Standard Authority (BSA) yang menjaga etika penyiaran televisyen di negara itu, namun aduan itu diketepikan atas alasan, lumpur yang dilumurkan pada payu dara peserta telah menutup badan mereka!-NZ Herald

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10