nuffnang ads

Thursday, December 16, 2010

PERKAHWINAN AHLI GUSTI HULK HOGAN DICEMAR PERGADUHAN

Hulk Hogan bergusti lagi...kali ini pasangannya Jenifer Mc Daniel.
PERKAHWINAN Hulk Hogan dengan isteri barunya, Jeniffer Mc Daniel Selasa lalu mencetuskan huru hara di sekitar kediaman ahli gusti berkenaan, apabila dua kumpulan membabitkan paparazi dan pengawal keselamatan Hulk Hogan bergaduh.

Insiden itu berlaku di Clearwater, Florida dikatakan berpunca apabila paparazi yang dipanggil untuk mengambil gambar hanya dibenar berada pada jarak 200 meter dari majlis perkahwinan itu.

Paparazi yang tidak berpuas hati kemudian bertengkar dengan pengawal peribadi Hulk Hogan sebelum tercetus pergaduhan tumbuh menumbuk. Insiden berbaling kerusi juag dilaporkan manakala sebahagian struktur taman berdekatan kolam renang juga dilaporkan rosak.

Beberapa paparazi yang memiliki tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri dikatakan berjaya membelasah beberapa pengawal peribadi Hulk mengakibatkan polis terpaksa dipanggil.

Jenifer adalah isteri baru bekas juara dunia World Wrestling Federation (WWF) itu. Sebelum ini Hulk Hogan pernah berkahwin dan mempunyai dua anak.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10