nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

PERDANA MENTERI TIKAM BELAKANG SAYA!!!!!

Pengasas Wikileaks, Julian Assange, hari ini secara terbuka menyerang dan mengkritik Perdana Menteri Australia, Julia Gillard yang didakwa tergamak menikam beliau ketika berdepan serangan pelbagai pihak dari serata dunia.

Menurut Assange, Julia langsung tidak menghargainya sebagai warnegara Australia, sebaliknya sibuk menikam warganegara sendiri semata-mata mahu menolong Amerika Syarikat untuk menangkapnya!

"Saya warganegara Australia," jelas Assange kepada The Guardian. "Apa yang saya dapat daripada negara saya?"

Assange juga memberi contoh sikap berat sebelah dan berpilih Julia dalam menangani isu warganegara Australia yang pernah ditahan di Penjara Guantanamo Bay dulu, David Hicks. Kata Assange layanan negara ke atas Hicks amat tinggi berbanding dirinya sendiri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10