nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

PENGGODAM BERJAYA CURI VIDEO BOGEL DAN LAGU BARU 50 ARTIS TOP DUNIA: PASANGAN ITU DITAHAN FBI MINGGU LALU

Gambar bogel Lady Gaga turut dicuri penggodam.

SEPASANG penggodam internet yang berasal dari Jerman, ditahan FBI dan Perkhidmatan Polis Persekutuan Jerman (FPS) kerana didakwa melaku kerja mencuri lagu dan video bogel dan hubungan seks melibatkan 50 artis top dunia.

Pasangan itu yang berasal dari Duisburg, juga dipercayai menggunakan virus Trojan melakukan perbuatan itu dan menjadikan bahan-bahan yang dicuri sebagai modal untuk pemerasan.

Antara penyanyi top yang berjaya dicuri video hubungan seks dan lagu terbaru mereka ialah Lady Gaga, Rihanna dan Justine Timberlake.

Sven Kitthar dari Universal Music Jerman yang bertanggungjawab dalam urusan publisiti Lady Gaga dan Rihanna berkata, jenayah terbaru yang melibatkan pasangan penggodam itu amat menakutkan. Katanya, keadaan ini membuktikan sesiapa pun tidak akan berasa aman mulai sekarang.

Dalam kes terbaru yang berjaya dibongkar FBI, seorang penyanyi Amerika, Kesha, turut menjadi mangsa apabila gabar bogelnya dicuri oleh pasangan terbabit menggunakan virus Trojan dan menggunakan gambar itu untuk memeras ugut Kesha. Kesha hampir sahaja membayar sejumlah wang yang diminta, tetapi berterima kasih kerana FBI berjaya menahan penggodam berkenaan.

Selain memeras ugut menggunakan video hubungan seks dan gambar bogel, penggodam itu juga mencuri lagu terbaru yang belum dikeluarkan di pasaran, menjualnya kepada pihak tertentu untuk dijual secara gelap. Perbuatan ini dikatakan mampu menjadikan pasangan itu kaya raya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10