SEORANG lelaki warga Myanmar mati ditembak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah berdekatan Pasar Borong Jinjang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Lelaki berusia 38 tahun itu ditembak sebagai langkah mempertahankan diri apabila dia melepaskan tembakan ke arah polis ketika serbuan dilakukan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata beberapa rakan pengedar dadah itu berjaya melarikan diri menerusi siling rumah.