nuffnang ads

Friday, December 17, 2010

PENGEDAR DADAH MAUT, JATUH BANGUNAN LARI DARIPADA SERBUAN POLIS

SEORANG pengedar dadah, berusia 29 tahun terbunuh apabila terjatuh daripada tingkat empat kediaman, ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis, petang semalam.

Kejadian berlaku di Blok 39, Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 4.30 petang.

T/Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Zahedi Ayob, berkata lelaki itu antara dua lelaki lain yang melarikan diri menerusi bahagian belakang rumah ketika polis membuat serbuan.

Mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui anggota polis di bawah flat kediaman. Turut ditahan enam lelaki, tiga daripada disahkan positif dadah ketka diuji.

Mangsa didapati mempunyai dua rekod jenayah, membabitkan curi dan kes berkaitan dadah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10