nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

PENDUDUK BELAH PERUT BUAYA DISYAKI BAHAM IMAM KAMPUNG DI SAMARAHAN

Buaya yang membaham Sidi dikatakan lebih besar dari ini
PENDUDUK di Kampung Roban, Kota Samarahan membelah perut buaya yang berjaya ditangkap semalam oleh seorang pawang buaya kerana disyaki buaya yang membaham imam kampung berkenaan, Sidi Samat, 66, beberapa hari lalu.

Mereka mahu mendapatkan sebahagian daripada anggota badan mangsa yang dipercayai dibaham seekor buaya sepanjang 6 meter ketika sedang menjala udang kira-kira jam 6.30 pagi.

Selepas usaha mencari buaya itu gagal sejak Isnin lalu, penduduk dikatakan membenarkan permintaan seorang pawang buaya untuk membantu mengesan dan menangkap buaya yang disyaki mengganas itu.

Pawang berkenaan, Chik Lebai Inu, 80, sebelum ini pernah membantu menangkap seekor buaya yang menelan kanak-kanak berusia 11 tahun di sungai berkenaan.

Dalam kejadian beberapa hari lalu, penduduk mendakwa ternampak mangsa dibaham dan dilambung oleh seekor buaya di dalam sungai sebelum sebahagian tubuh mayatnya ditemui di tebing sungai pada keesokannya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10