nuffnang ads

Monday, December 27, 2010

PENDEDAHAN: 2-3 PERATUS PELAJAR BERMASALAH. KEMENTERIAN PELAJARAN KATA ANGKANYA KECIL, BACA SETERUSNYA....

BERDASARKAN laporan berita hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong memberitahu jumlah pelajar yang bermasalah di negara ini amat kecil bilangannya iaitu di sekitar 2-3 peratus sahaja dan tidak boleh dianggap membimbangkan.

Memang bijak beliau menggunakan angka untuk mengelirukan rakyat yang telah sedia bimbang tentang masalah pelajar yang terbabit dalam gejala ponteng, jenayah dan masalah sosial lain sejak kebelakangan ini.

Kementerian juga dilihat seolah-olah cuba bersembunyi di sebalik lalang sehelai konon masalah yang berlaku di kalangan pelajar amat kecil angkanya dan tidak membimbangkan.

Namun realitinya, kenapa sejak dulu kementerian tidak berani membacakan jumlah itu di segi angka sebenar sebaliknya hanya bercerita berdasarkan peratusan?

Sebenarnya berdasarkan kiraan kasar, 3 peratus pelajar bermasalah jika dikira pada peringkat sekolah menengah adalah membabitkan lebih kurang 66,000 pelajar! Diulangi, 3 peratus pelajar bermasalah itu sebenarnya bukan kecil, tetapi membabitkan puluhan ribu pelajar di seluruh negara. Ia angka besar dan jumlah itu boleh muat dan memenuhi Stadium Bukit Jalil jika dihimpunkan.

Ini kerana jumlah pelajar sekolah menengah mengikut rekod pada tahun ini mencecah lebih 2.4 juta orang! Itu baru dikira pelajar pada peringkat sekolah menengah. Jika 3 peratus itu merujuk kepada 5.4 juta pelajar di negara ini di peringkat sekolah rendah dan menengah, bermakna terdapat lebih 150,000 pelajar sekolah rendah dan menengah bermasalah di negara ini.

Masalah ini termasuklah mereka yang terbabit dalam ponteng, disiplin, sosial dan jenayah! Maka apakah yang patut kita katakan dengan pemberitahuan oleh Timbalan Menteri Pelajaran ini bahawa 2-3 peratus pelajar bermasalah itu kecil angkanya?

Apakah di segi matematik, 66,000 atau 150,000 pelajar itu kecil angkanya? Jelas kementerian pelajaran berusaha menyembunyikan sebenar fenomena yang sedang melanda pelajar di peringkat sekolah di negara kita pada hari ini.

Jika angka didasarkan kepada nisbah memang ada logik 2-3 peratus itu membawa nilai yang amat kecil, tetapi kita harus ingat 2-3 peratus itu merujuk kepada angka manusia, iaitu pelajar yang hidup dan bukan objek mati seperti wang ringgit atau butiran padi!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10